ENAKMEN 11 TAHUN 1981
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN UGAMA BUKAN ISLAM 1981


Mukadimah





SAYA BERSETUJU,



ISMAIL PETRA,

Sultan Kelantan

8hb Disember 1981

Suatu Enakmen untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan ugama bukan Islam di kalangan orang-orang yang menganut ugama Islam.
[ ]

BAHAWASANYA Perkara II (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang Negeri boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganut ugama Islam.

DAN BAHAWASANYA adalah sekarang dikehendaki supaya diperbuat suatu undang-undang untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan ugama bukan Islam antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

OLEH YANG DEMIKIAN menurut Perkara II (4) Perlembagaan Persekutuan MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Badan Perundangan Negeri Kelantan seperti berikut:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.