ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 149. Perakuan dan akibat penghakiman.

(1) Bilamana sesuatu kes yang dirayukan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Bab ini, ia hendaklah memberikan perakuan tentang penghakiman atau perintahnya kepada Mahkamah yang merekodkan atau menjatuhkan dapatan, hukuman atau perintah yang dirayukan itu.

(2) Bilamana sesuatu rayuan tidak ditolak, perakuan sedemikian hendaklah menyatakan alasan-alasan yang berdasarkannya rayuan itu telah dibenarkan atau keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diubah.

(3) Mahkamah yang kepadanya Mahkamah Tinggi Syariah memberikan perakuan tentang penghakiman atau perintahnya hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi Syariah itu dan, jika perlu, rekod ltu hendaklah dipinda mengikutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.