ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.



Seksyen 34. Jawatankuasa Perundingan hukum Syara'.

(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'.

(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada----
(3) Orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasa seksyen ini, telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Undang-undang Agama yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 (1) Enakmen 1952, hendaklah dianggap telah dipilih atau dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' dan hendaklah terus menjadi ahli sehingga tamat tempoh perlantikannya.

(4) Apabila Mufti bercadang hendak membuat fatwa di bawah Seksyen 31, dia hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud membincangkan perkara yang hendak diberi fatwa itu.

(5) Sebelum Mufti membuat fatwa, ia boleh mengarahkan suatu kajian atau penyelidikan dibuat dan kertas kerja disediakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.