ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Dokumen yang Dikeluarkan oleh Komputer



Seksyen 73. Kebolehterimaan dokumen yang dikeluarkan oleh komputer dan pernyataan yang terkandung dalamnya

(1) Dalam mana-mana prosiding jenayah atau mal sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer, atau sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen itu, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan di dalamnya jika dokumen itu telah dikeluarkan oleh komputer itu dalam perjalanan penggunaannya yang biasa, sama ada atau tidak seseorang yang mengemukakan dokumen itu adalah pembuat dokumen atau pernyataan itu.

(2) Bagi maksud seksyen ini bolehlah dibuktikan bahawa sesuatu dokumen telah dikeluarkan oleh komputer dalam perjalanan penggunaannya yang biasa dengan mengemukakan kepada Mahkamah suatu perakuan yang telah ditandatangani oleh seseorang yang sama ada sebelum atau selepas pengeluaran dokumen itu oleh komputer itu adalah bertanggungjawab bagi pengurusan komputer itu, atau bagi perjalanan aktiviti-aktiviti yang baginya komputer itu digunakan.

(3) (a) Adalah mencukupi, dalam sesuatu perakuan yang diberikan di bawah subseksyen (2), bagi sesuatu perkara dinyatakan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan orang yang menyatakannya.

(b) Sesuatu perakuan yang diberikan di bawah subseksyen (2) boleh diterima sebagai keterangan sebagai bukti prima facie bagi semua perkara yang dinyatakan dalamnya tanpa bukti tandatangan orang yang memberikan perakuan itu.

(4) Jika sesuatu perakuan diberikan di bawah subseksyen (2), hendaklah dianggap bahawa komputer yang disebut dalam perakuan itu adalah dalam keadaan yang baik dan beroperasi dengan baik dari segala segi sepanjang bahagian material tempoh dokumen itu dikeluarkan

(5) Sesuatu dokumen hendaklah disifatkan telah dikeluarkan oleh komputer sama ada ia telah dikeluarkan olehnya secara langsung atau dengan menggunakan apa-apa kelengkapan yang sesuai, dan sama ada atau tidak terdapat apa-apa campur tangan manusia secara langsung atau tidak langsung.

(6) Sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer, atau sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen itu, boleh diterima sebagai keterangan sama ada atau tidak ia dikeluarkan oleh komputer itu selepas bermulanya prosiding jenayah atau mal atau selepas bermulanya apa-apa penyiasatan atau siasatan yang berhubungan dengan prosiding jenayah atau mal atau penyiasatan atau siasatan itu, dan apa-apa dokumen yang dikeluarkan sedemikian oleh komputer hendaklah disifatkan telah dikeluarkan oleh komputer itu dalam perjalanan penggunaannya yang biasa.

(7) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer, atau sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen itu, tidak boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding jenayah, jika ia diberikan sebagai keterangan oleh atau bagi pihak orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan dalam prosiding itu jika orang yang dipertuduh atas kesalahan itu ialah orang yang ---





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.