ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Penghakiman Mahkamah Adalah Qarinah



Seksyen 28. Penghakiman dahulu adalah relevan bagi menghalang guaman atau perbicaraan yang kedua.

Wujudnya apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang menurut undang-undang menghalang mana-mana Mahkamah daripada mengambil tahu tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan sesuatu perbicaraan adalah qarinah apabila soalnya ialah sama ada Mahkamah patut mengambil tahu tentang guaman itu atau mengadakan perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.