ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 106. Penyingkiran keterangan bagi menyangkal jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang menguji kebenaran.

Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab sesuatu soalan yang relevan dengan siasatan itu hanya setakat yang boleh melemahkan kebolehpercayaan dengan mencela wataknya, tiada apa-apa keterangan boleh diberi menyangkalnya; akan tetapi jika dia menjawab dengan palsu maka dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberi keterangan palsu.

Kecualian 1
- Jika seseorang saksi ditanya sama ada dia dahulunya telah disabitkan apa-apa jenayah dan dia menafikannya, maka keterangan bolehlah diberi mengenai sabitannya yang dahulu itu.

Kecualian 2 - Jika seseorang saksi ditanya apa-apa soalan yang boleh mencabar kesaksamaannya dan dia menjawab dengan menafikan fakta-fakta yang disarankan itu, maka dia boleh disangkal.

MISALAN

(a)Seorang saksi ditanya sama ada telah dibuang kerja dari suatu jawatan kerana kecurangan. Dia menafikannya.

Keterangan diberi menunjukkan yang dia telah dibuang kerja kerana kecurangan.

Keterangan itu tidak boleh diterima.

(b)A. mengesahkan bahawa pada suatu hari yang tertentu dia telah melihat B. di Melaka.

A. ditanya sama ada dia sendiri telah berada pada hari itu di Pulau Pinang. Dia menafikannya.

Keterangan diberi menunjukkan bahawa A. berada di Pulau Pinang pada hari itu.

Keterangan itu bolehlah diterima, bukannya sebagai menyangkal A. atas suatu fakta yang menyentuh kebolehpercayaannya, akan tetapi sebagai menyangkal fakta yang dikatakan bahawa B. telah dilihat di Melaka pada hari tersebut itu.

(c)A. ditanya sama ada dia pernah berkata bahawa dia akan membalas dendam terhadap B. Ia menafikannya.

Dia boleh disangkal atas alasan bahawa soalan itu boleh mencabar kesaksamaannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.