ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Keputusan mahkamah bila qarinah



Seksyen 28. Keputusan dahulu adalah qarinah bagi menahan guaman atau perbicaraan yang kedua.

Wujudnya sesuatu keputusan, perintah atau dikri yang pada sisi undang-undang menahan mana-mana mahkamah daripada mengambil ketahui tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan sesuatu perbicaraan adalah suatu fakta qarinah apabila soalnya ialah sama ada mahkamah itu patut mengambil ketahui tentang guaman itu ataupun patut mengadakan perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.