ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 11. Perlantikan Setiausaha.

(1) Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.

(2) Setiausaha hendaklah menjadi Ketua Pentadbir Majlis dan hendaklah bertanggungjawab menjalankan dasar dan keputusan Majlis.

(3) Setiausaha adalah berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian dalam perjalanannya tetapi tidak berhak mengundi.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.