ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 153. Persetubuhan haram.

(1) Mana-mana orang Islam yang bersetubuh dengan seorang yang diketahuinya pada masa itu isteri kepada orang lain atau ada sebab-sebab yang boleh dipercayai bahawa orang itu ialah isteri orang lain atau bersetubuh dengan orang yang ditegah oleh Hukum Syarak bernikah dengannya kerana keturunan atau susuan atau perkahwinan dan persetubuhan itu bukan menjadi kesalahan rogol di bawah Kanun Kesiksaan adalah melakukan suatu kesalahan dan jika sabit hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang Islam yang bersetubuh dengan mana-mana perempuan yang lain daripada perempuan yang disebutkan di dalam seksyen-kecil (1) seksyen ini jika persetubuhan itu bukan menjadi kesalahan rogol di bawah Kanun Kesiksaan adalah melakukan kesalahan dan apabila didapati bersalah hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(3) Mana-mana orang Islam yang bersyubahat melakukan kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) dan (2) seksyen ini hendaklah dihukum denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dihukum penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(4) Sesiapa orang Islam melakukan persetubuhan dengan seseorang yang bukan Islam adalah menjadi suatu kesalahan dan jika sabit kesalahannya hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dihukum penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.