ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XIX - PEMBAHAGIAN IKUT KADAR



Seksyen 186. Hasil jualan pelaksanaan hendaklah dibahagikan mengikut kadar kalangan pemiutang penghakiman.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) , jika aset dihasilkan melalui penjualan atau selainnya pada melaksanakan suatu perintah atau penghakiman dan lebih daripada seorang telah, sebelum penghasilan itu, menahan harta yang daripadanya aset itu telah dihasilkan pada melaksanakan perintah-perintah atau penghakiman-penghakiman bagi pembayaran wang terhadap penghutang penghakiman yang sama tetapi belum lagi mendapat penunaiannya maka aset itu, setelah dipotong kos penghasilan itu, hendaklah dibahagi mengikut kadar di kalangan semua orang itu:

Dengan syarat bahawa-

(2) Jika kesemua atau mana-mana aset yang kena dibahagikan mengikut kadar di bawah seksyen ini telah dibayar kepada seseorang yang tidak berhak menerima pembahagian itu, mana-mana orang yang berhak sedemikian boleh mendakwa orang itu supaya memulangkan aset itu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa untuk mengecewakan atau menangguhkan apa-apa tuntutan yang di bawah undang-undang bertulis lain patut dibayar mengikut keutamaannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.