ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - PERTUDUHAN



Seksyen 95. Bila orang boleh dipertuduhkan bersama.

Apabila lebih daripada seorang dituduh atas kesalahan yang sama atau kesalahan yang berlainan yang dilakukan dalam transaksi yang sama, atau apabila seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan dan yang lain dituduh bersubahat atau cuba melakukan kesalahan yang sama itu, mereka boleh dipertuduhkan dan dibicarakan bersama atau berasingan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.