ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXXIII - RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 241. Notis rayuan.

(1) Rayuan kepada Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah dibawa dengan cara memberi notis rayuan dalam Borang 35.

(2) Seorang pihak merayu boleh merayu atas seluruh atau mana-mana bahagian sesuatu keputusan dan notis rayuan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja dan bahagian mana keputusan itu dirayukan.

(3) Notis rayuan hendaklah difailkan dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh keputusan itu dibuat. Mahkamah dari mana keputusan itu dirayu hendaklah membekal kepada pihak merayu, setelah menjelaskan fee mengenainya suatu salinan sah penghakiman itu atau, jika hukuman bertulis tidak diserahkan alasan-alasan penghakiman hendaklah dibekalkan.

(4) Sebaik sahaja salinan sah hukuman siap disediakan Mahkamah hendaklah memberitahu kepada pihak merayu.

(5) Dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh penerimaan notis, pihak merayu hendaklah, melainkan Mahkamah dengan alasan yang mencukupi memerintah sebaliknya-

(6) Notis rayuan itu hendaklah disampaikan oleh pihak Merayu kepada semua pihak yang secara langsung terlibat dengan rayuan itu atau kepada peguam mereka masing-masing. Pihak yang tidak berkenaan tidak perlu disampaikan notis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.