ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 162. Keterangan tambahan.

(1) Di dalam memutuskan mana-mana rayuan Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkan keterangan tambahan adalah perlu, mengambil keterangan tersebut sendiri atau mengarahkan keterangan itu diambil oleh Mahkamah yang membicarakan kes tersebut.

(2) Apabila keterangan tambahan diambil oleh Mahkamah yang membicarakan kes tersebut, ia hendaklah memperakukan keterangan itu, dengan pendapat mengenai kes itu jika diambil kira keterangan tambahan tersebut kepada Mahkamah Rayuan Syariah, dan hendaklah sesudah itu dengan seberapa segeranya menyelesaikan rayuan.

(3) Pihak-pihak dalam rayuan itu hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.

(4) Di dalam memutuskan mana-mana rayuan Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkan perlu mendapatkan atau menerima daripada Mahkamah yang membicarakan kes itu, laporan mengenai perkara yang bersangkutan dengan perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.