ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 20. Lembaga hendaklah memberikan bantuan.

Lembaga Penasihat hendaklah membantu Majlis melaksanakan semua perkara yang perlu untuk pengendalian Sekolah Agama Islam dengan sempurna termasuk daripada segi memberikan nasihat teknik, penggunaan buku-buku teks, kurikulum, peperiksaan-peperiksaan, mengambil kerja dan melatih guru-guru.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.