ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI ANAK DAN LAIN-LAIN
Seksyen 64. Mengkompaunkan nafkah.
Sesuatu perjanjian untuk membayar, dengan wang atau lain-lain harta, wang pokok bagi menjelaskan segala tuntutan nafkah masa hadapan tidak boleh berkuatkuasa sehingga ia telah diluluskan, dengan atau tanpa syarat, oleh Mahkamah, tetapi apabila diluluskan sedemikian, hendaklah menjadi suatu pembelaan yang memadai terhadap apa-apa tuntutan nafkah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.