ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN IV - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 65. Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga.

(1) Jika seseorang lelaki telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai seorang ahli keluarganya, maka adalah menjadi kewajipannya menanggung nafkah kanak-kanak itu semasa ia masih seorang kanak-kanak, setakat mana bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi mempastikan kebajikan kanak-kanak itu:

Dengan syarat bahawa kewajipan yang ditanggungkan oleh subseksyen ini hendaklah terhenti jika kanak-kanak itu dibawa pergi oleh bapa atau ibunya.

(2) Apa-apa wang yang dibelanjakan oleh seseorang lelaki pada menanggung nafkah itu boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada bapa atau ibu kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.