ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 35. Cara penyampaian.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini dan Bahagian VII, penyampaian tiap-tiap dokumen hendaklah ke atas diri orang itu sendiri, dan hendaklah disempurnakan secara menyerahkan dokumen itu atau mengemukakannya untuk diperiksa dan menyerahkan salinannya sesudah itu. Suatu salinan yang mengandungi meterai Mahkamah dan tandatangan pegawai pemeriksanya hendaklah bagi maksud itu disifatkan sebagai dokumen asal.

(2) Penyampaian tersebut hendaklah disempurnakan oleh seorang pegawai Mahkamah itu atau Mahkamah yang lain:

Dengan syarat bahawa dengan kebenaran Mahkamah itu mana-mana dokumen boleh disampaikan oleh mana-mana orang yang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.