ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 36. Memujuk lari perempuan.

Mana-mana orang yang memujuk lari atau mendorong atau memujuk mana-mana perempuan supaya lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan perempuan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.