ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 99. Pemeriksaan balas mengenai pernyataan bertulis terdahulu.

(1) Seseorang saksi boleh diperiksa balas mengenai pernyataan-pernyataan terdahulu yang dibuat olehnya secara bertulis atau yang diperturunkan secara bertulis, dan relevan dengan perkara-perkara yang dipersoalkan dalam guaman atau prosiding dalam mana dia diperiksa balas itu, tanpa tulisan itu ditunjukkan kepadanya atau dibuktikan; tetapi jika dimaksudkan untuk menyangkal saksi itu dengan tulisan tersebut, maka sebelum tulisan itu boleh dibuktikan, perhatian saksi itu mestilah diarah kepada mana-mana bahagian tulisan itu yang hendak digunakan bagi maksud menyangkalnya.

(2) Jika seseorang saksi, apabila diperiksa balas mengenai pernyataan lisan terdahulu yang dibuat olehnya yang relevan dengan perkara-perkara yang dipersoalkan dalam guaman atau prosiding dalam mana dia diperiksa balas itu dan yang tak konsisten dengan testimoni yang sedang diberinya, tidak mengaku dengan nyatanya bahawa dia telah membuat pernyataan itu, maka bukti bolehlah diberi yang dia telah sebenarnya membuat pernyataan lisan itu; tetapi sebelum bukti boleh diberi, hal keadaan pernyataan yang dikatakan itu cukup untuk menentukan hal kejadian tertentu itu mestilah disebutkan kepadanya, dan dia mestilah ditanya sama ada dia telah membuat penyertaan itu atau tidak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.