ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK
Seksyen 14. Peruntukan am mengenai ketidakupayaan.
Jika plaintif adalah orang yang tidak berkeupayaan-
(a)
persetujuan penyelesaian atau kompromi tidak boleh disahkan kecuali dengan izin Mahkamah;
(b)
semua wang atau harta yang diperolehi bagi plaintif dalam atau akibat dari tindakan itu hendaklah dibayar kepada Mahkamah, atau didepositkan di Mahkamah kecuali Mahkamah memerintah sebaliknya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.