ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 87. Penjaga boleh menanggung kanak-kanak dari pendapatan.


(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah boleh membuat peruntukan yang berpatutan dari pendapatan harta itu untuk menanggung nafkah dan pelajaran kanak-kanak itu setaraf dengan kehidupannya dalam masyarakat.

(2) Jika pendapatan dari harta kanak-kanak itu yang ada dalam tangan penjaga itu tidak mencukupi untuk maksud itu, atau jika wang adalah dikehendaki untuk kemajuan kanak-kanak itu, maka Mahkamah boleh memerintahkan supaya peruntukan bagi maksud itu diadakan dari modal harta kanak-kanak itu dan, bagi maksud itu, Mahkamah boleh membenarkan apa-apa bahagian dari harta kanak-kanak itu dijual, atau digadai dan boleh memberi apa-apa arahan mengenainya sebagaimana yang perlu bagi kepentingan kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.