(a) dengan keterangan yang diberi oleh orang-orang yang menerangkan bahawa mengikut pengetahuan mereka berkenaan dengan saksi itu mereka percaya saksi itu sebagai tidak boleh dipercayai;
(b) dengan bukti bahawa saksi itu telah diberi rasuah, atau telah menerima pemberian rasuah, atau telah menerima apa-apa dorongan rasuah lain supaya memberi keterangannya;
(c) dengan membuktikan pernyataan-pernyataan dahulu yang tak konsisten dengan mana-mana bahagian keterangannya yang boleh disangkal.
Huraian - Seseorang saksi yang mengatakan seorang saksi lain sebagai tidak boleh dipercayai tidaklah boleh, dalam masa pemeriksaan utamanya, memberikan sebab-sebab bagi kepercayaannya itu, akan tetapi dia boleh ditanya sebab-sebabnya dalam pemeriksaan balas, dan jawapan-jawapan yang diberinya itu tidak boleh disangkal, sungguhpun, sekiranya jawapan-jawapan itu palsu, dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberi keterangan palsu.