ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 24. Pendakwaan

(1) Tiada pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh dimulakan kecuali dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya.

(2) Pendaftar, Timbalan Pendaftar, seorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor, atau seorang peguambela dan peguamcara yang dibenarkan secara bertulis oleh Majlis, boleh menjalankan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.