ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab II - QARINAH



Seksyen 10. Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh seseorang yang berpakat jahat berkenaan dengan rancangan bersama.

Jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berpakat bersama hendak melakukan suatu kesalahan atau sesuatu perbuatan salah yang boleh diambil tindakan, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh seseorang daripada mereka berkenaan dengan niat bersama mereka selepas masa bila niat itu mula-mula timbul daripada seseorang daripada mereka, adalah qarinah terhadap tiap-tiap seorang yang dipercayai berpakat sedemikian, serta juga bagi maksud menunjukkan bahawa mana-mana orang itu telah menjadi satu pihak dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.