ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 4. Anggapan.

(1) Apabila diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah boleh menganggap suatu nyataan sebagai wujud, Mahkamah boleh mensifatkan nyataan itu sebagai dibuktikan melainkan dan sehingga ia dibuktikan sebaliknya, atau boleh meminta buktinya.

(2) Apabila diarahkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah hendaklah menganggap sesuatu nyataan sebagai wujud, Mahkamah hendaklah mensifatkan nyataan itu sebagai dibuktikan melainkan dan sehingga ia dibuktikan sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.