ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN V - PENYATA



Seksyen 36. Penyata hendaklah disifatkan sebagai dibuat dengan wajar.

Sesuatu penyata yang berupa sebagai dibuat menurut Enakmen ini oleh atau bagi pihak mana-mana orang hendaklah dianggapkan sebagai telah dibuat oleh orang itu atau menurut kuasanya, mengikut mana yang berkenaan, sehingga dibuktikan sebaliknya, dan mana-mana orang yang menandatangani sesuatu penyata seperti itu hendaklah disifatkan sebagai tahu akan isi kandungannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.