ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN II - PENUBUHAN MAJLIS
Pihak berkuasa dalam Perkara Ugama



Seksyen 35. Kuasa Majlis.


Majlis, bagi pihak dan di bawah kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Ugama Negeri ini, hendaklah menolong menasihatkan Baginda di atas segala perkara yang berkaitan dengan Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang dan hendaklah dalam segala perkara itu menjadi kuasa yang tertinggi dalam Negeri ini, melainkan jika Enakmen ini membuat peruntukan lain daripada itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.