ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am



Seksyen 7. Fakta yang menjadi punca, sebab atau kesan bagi fakta persoalan atau fakta relevan.

Fakta yang menjadi punca, sebab atau kesan, sama ada langsung atau selainnya, bagi fakta persoalan atau fakta relevan, atau fakta yang menjadi keadaan yang dalamnya fakta itu berlaku, atau yang memberikan peluang untuk fakta itu berlaku atau dilakukan ialah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.