ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
PERMULAAN KEPADA PERKAHWINAN



Seksyen 17. Mengeluarkan kebenaran Mahkamah.

Tertakluk kepada seksyen 18, Pendaftar, berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu, tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu, dan,jika pihak lelaki itu sudah berkahwin bahawa kebenaran yang dikehendaki oleh seksyen 23 telah diberi, hendaklah pada bila-bila masa selepas permohonan itu dan setelah dibayar fee yang ditetapkan mengeluarkan kepada pemohon kebenaran untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.