ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 44. Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, melantik, selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, tidak lebih daripada tujuh orang Islam untuk menubuhkan suatu panel tetap hakim dan Ketua Hakim Syarie hendaklah memilih dua orang daripada kalangan mereka untuk membentuk korum hakim dalam Mahkamah Rayuan Syariah berkenaan dengan tiap-tiap pendengaran.

(2) Nama ketujuh-tujuh anggota itu hendaklah disiarkan dalam
Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.