ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VIII - MASJID-MASJID



Seksyen 131. Perlantikan Pegawai Masjid.


(1) Adalah menjadi tugas Yang di-Pertua apabila mengetahui telah adanya mana-mana kekosongan atau akan adanya kekosongan dalam jawatan Pegawai Masjid bagi masjid-masjid yang mana Pegawai-pegawainya tidak dilantik di bawah seksyen 40, untuk mencari calon-calon bagi mengisi jawatan itu dan, selepas memeriksa kelayakan-kelayakan calon-calon itu memilih dua atau lebih dari mereka sebagai calon-calon untuk diundi.

(2) Pengundian hendaklah diadakan dalam mukim masjid di mana semua orang-orang Islam yang akil baligh dan yang biasanya tinggal di situ dan mereka adalah berhak didaftarkan sebagai pengundi.

(3) Majlis, apakala berpuashati mana-mana calon telah sempurna diundi mengikut cara tersebut di atas, hendaklah menyembahkan namanya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan sokongannya bahawa calon itu boleh dilantik untuk mengisi kekosongan dalam jawatan itu.

(4) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah menerima Tauliah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.