ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982
BAHAGIAN VIII - MASJID-MASJID
Seksyen 133. Kuasa-kuasa dan tugas-tugas Pegawai Masjid.
Pegawai-pegawai masjid yang dilantik di bawah seksyen-seksyen 40 dan 131 pada Enakmen ini hendaklah -
(a) bertanggunggjawab menjaga masjid mengikut cara dan peraturan yang sesuai baginya dan mengikut apa-apa arahan yang diberi oleh Majlis dan Pejabat Ugama dari masa ke semasa;
(b) bertanggungjawab menjaga tanah-tanah perkuburan dalam mukim masjid mereka;
(c) dengan serta merta memberitahu Majlis akan segala perkara yang terjadi dalam Mukim mereka yang berkehendakkan perhatian Majlis dan terutamannya berkenaan dengan ajaran-ajaran Ugama Islam;
(d) berkuasa menahan sesiapa yang hendak bersyarah dalam masjidnya dengan tidak mempunyai surat kebenaran daripada Kadi-kadi Daerahnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.