ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - JAMINAN



Seksyen 184. Orang hendak dilepaskan.

(1) Sebaik sahaja bon telah dilaksanakan, orang yang berkenaan hendaklah dilepaskan dan jika ia ditahan di penjara, Mahkamah yang memberi jaminan itu hendaklah mengeluarkan perintah pelepasan kepada pegawai penguasa penjara dan pegawai itu, apabila ia menerima perintah itu, hendaklah melepaskan orang itu dengan segera.

(2) Tiada apa-apa yang disebut di dalam seksyen ini, atau seksyen 180 boleh disifatkan menghendaki seseorang itu dilepaskan jika orang itu harus ditahan mengenai satu perkara selain dari perkara yang mengenainya bon dilaksanakan.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.