ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 135. Mengeluarkan perintah perlaksanaan.

Tertakluk kepada seksyen 134 pemiutang penghakiman boleh mengemukakan kepada Pendaftar suatu perintah perlaksanan dalam Borang 13 yang ditetapkan dan Pendaftar, jika tidak ternyata olehnya kepada perintah perlaksanaan tidak patut dikeluarkan, hendaklah menandatangani dan memeterikan perintah itu dalam dua salinan supaya yang satunya itu disimpan dalam failnya dan yang satu lagi diserahkan kepada bailif.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.