ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 120. Mencerca agama.

Seseorang dengan cara lisan atau tulisan atau kelakuan yang nyata atau sebarang cara lain, mencerca atau disifatkan sebagai menghina atau cuba mencerca atau menghina Agama Islam, perjalanan mana-mana mazhab Islam yang sah, Pegawai Agama, Guru Agama dan Imam yang dilantik, mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau Mufti tetapi perbuatan itu tidak terjumlah kepada riddah, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.