ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN V - SAMAN



Seksyen 29. Pengeluaran dan penyampaian.

Pendaftar hendaklah memeriksa saman dan, jika saman itu berbentuk sempurna, dan jika plaintif telah menjelaskan bayaran-bayaran sepatutnya (termasuk bayaran-bayaran untuk penyampaian saman itu), hendaklah memberikan suatu nombor bersiri kepadanya, memeterikannya, menandatanganinya dan mengeluarkannya dan menyerahkannya kepada bailif untuk penyampaian. Jika Pendaftar berpendapat bahawa saman itu tidak di dalam bentuk sempurna, ia boleh menolaknya atau mengarahkan supaya saman itu dipinda.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.