ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VI - PROSIDING KHAS
BAB XXI - PROSIDING DALAM KES-KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 171. Prosedur mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan di Mahkamah.

Jika mana-mana orang di dalam kawasan Mahkamah berlaku biadap yang boleh mengganggu perjalanan Mahkamah atau menghina Mahkamah itu, Mahkamah itu boleh mengarahkan pesalah itu ditahan dalam jagaan dan pada bila-bila masa sebelum penangguhan persidangan Mahkamah pada hari yang sama, boleh, jika ia fikirkan patut, mengambil tahu tentang kesalahan itu dan menghukum pesalah itu dengan mengenakan denda tidak melebihi dua ratus ringgit dan jika dia gagal membayar denda itu, memerintahkan supaya dia dipenjarakan selama suatu tempoh yang boleh sampai dua bulan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.