ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Wakaf, Nazar dan Amanah



Seksyen 64. Perletakan harta wakaf, nazar dan amanah pada Majlis.

Semua harta yang tertakluk kepada seksyen 63 hendaklah tanpa apa-apa pindah hak, serah hak atau pindah hakmilik, dan, dalam hal harta tak alih sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, terletak hak pada Majlis, bagi maksud wakaf, nazar am atau amanah yang menyentuh harta itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.