ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - MEMASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI



Seksyen 125. Bila saksi tidak perlu diperiksa.

Hakim tidak perlu menjalankan pemeriksaan ke atas saksi yang telah pun nyata keadilannya dalam sesuatu prosiding dahulu di hadapan Hakim tersebut dalam prosiding kemudian sekiranya jarak masa antara kedua-dua prosiding itu tidak melebihi enam bulan. Jika jarak masa antara kedua-dua prosiding itu melebihi enam bulan, Hakim hendaklah membuat pemeriksaan semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.