ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 35. Penerbitan Agama yang berlawanan dengan Hukum Syarak.

Seseorang yang mencetak, menerbit atau menyebarkan untuk tujuan jualan atau sebaliknya atau dengan cara lain atau sesiapa yang ada dalam miliknya mana-mana penerbitan yang berkaitan dengan Agama Islam yang memberi pengajaran atau yang bertujuan memberi pengajaran mengenai apa-apa perkara berlawanan dengan Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali dan semua penerbitan termasuk pita rakaman dan bungkusan hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkmah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.