ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XIII - PENYELESAIAN, PENARIKAN BALIK DAN PEMBERHENTIAN



Seksyen 94. Penyelesaian tindakan.

Jika dengan persetujuan pihak-pihak suatu tindakan telah diselesaikan, Mahkamah boleh, pada bila-bila masa dengan keizinan pihak-pihak itu, merekodkan hakikat penyelesaian dengan terma-termanya, dan rekod penyelesaian itu hendaklah menjadi pembelaan dengan cara res judicata dalam prosiding kemudiannya bagi kausa tindakan yang sama atau bagi kausa tindakan yang pada matannya adalah sama.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.