ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 61. Tiada dorongan boleh diberikan

(1) Tiada Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang yang berkuasa boleh memberikan atau membuat apa-apa dorongan, ancaman atau janji kepada mana-mana orang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan untuk mendorong orang itu membuat apa-apa pernyataan yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu.

(2) Tiada Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang lain boleh menghalang atau tidak menggalakkan mana-mana orang, dengan apa-apa amaran atau selainnya, dalam perjalanan sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini, membuat apa-apa pernyataan yang dia mungkin bersedia membuatnya atas kemahuannya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.