ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA DAN JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 53. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa Fatwa.

Jika dalam mana-mana Mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu diputuskan, Mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu kepada Mahkamah yang membuat permintaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.