ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 98. Keterangan tentang perkara-perkara yang bertulis.

Mana-mana saksi boleh ditanya semasa dalam pemeriksaan sama ada apa-apa kontrak, pemberian atau lain-lain pindahan mengenai harta yang berkenaan dengannya ia memberi keterangan tidak ada terkandung dalam sesuatu suratan, dan sekiranya ia berkata ada, atau sekiranya ia hampir hendak membuat apa-apa kenyataan tentang kandungan sesuatu suratan yang, pada pendapat Mahkamah, patut dikemukakan, maka pihak lawan boleh membantah keterangan itu diberi sehingga suratan itu dikemukakan atau sehingga nyataan-nyataan telah dibuktikan yang memberi hak kepada pihak yang telah memanggil saksi itu untuk memberi keterangan tak asal mengenainya.

Huraian-Seseorang saksi boleh memberi keterangan lisan mengenai kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh orang-orang lain berkenaan dengan kandungan suratan-suratan jika kenyataan-kenyataan itu adalah sendirinya nyataan-nyataan yang berkaitan.

MISALAN

Soalnya ialah sama ada A telah menyerang B.

C menerangkan dengan sumpah bahawa ia telah mendengar A berkata kepada D: "B telah menulis surat kepada saya menuduh saya mencuri dan saya akan mengambil balasan atasnya." Kenyataan ini adalah berkaitan sebagai menunjukkan sebabnya A menyerang itu dan keterangan boleh diberi mengenai kenyataan itu walaupun tiada apa-apa keterangan lain diberi berkenaan dengan surat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.