ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.



Seksyen 20. Peraturan mesyuarat dan pengundian.

(1) Pengerusi hendaklah menetapkan tertib perkara-perkara yang dimesyuaratkan.

(2) Pengerusi boleh menentukan tertib ahli-ahli yang hendak bercakap dalam mesyuarat dan boleh juga menghendaki mana-mana ahli berhenti dari bercakap di dalam mesyuarat.

(3) Segala keputusan mesyuarat Majlis hendaklah diambil secara syura.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.