ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 96. Bila soalan memimpin tidak boleh ditanya.

(1) Soalan memimpin tidak boleh, jika dibantah oleh pihak lawan, ditanya dalam pemeriksaan utama atau dalam pemeriksaan semula, kecuali dengan kebenaran mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah membenarkan soalan memimpin mengenai perkara pengenalan atau perkara yang tidak dipertikaikan, atau perkara yang pada pendapatnya telah terbukti dengan secukupnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.