ENAKMEN 11 TAHUN 1981
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN UGAMA BUKAN ISLAM 1981


Seksyen 9. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasaan-perbahasaan tertentu yang bersumber Islam

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia, dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada suatu perhimpunan orang yang dirancang, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang diterbit atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau penyertaan itu dlbuat ia tahu, atau pada menasabahnya, patut tahu akan diterbit atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian I Jadual, atau apa-apa terbitan atau virasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara, atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu ugama bukan Islam.

(2) Seseorang yang tidak berugama Islam adalah melakukan kesalahan jika ia, dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyenkecil (1), menggunakan mana­mana perbahasaan yang disenaraikan dalam Bahagian II Jadual, kecuali sebagai petikan atau rujukan.

(3) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyenkecil (1) atau (2) boleh dikenakan denda sebanyak satu ribu ringgit.

(4) Raja dalam Mesyuarat boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.