ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 82. Mendirikan sembahyang Jumaat dengan kebenaran.

(1) Sembahyang Jumaat tidak boleh didirikan di mana-mana tempat melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Majlis.

(2) Hanya pegawai-pegawai masjid yang bertauliah sahaja boleh mengendalikan urusan sembahyang Jumaat di mana-mana tempat yang ditentu atau diarahkan oleh Majlis:

Dengan syarat, bahawa dalam keadaan keuzuran syar'ie pegawai masjid atau sebab-sebab tertentu yang munasabah, mana-mana orang yang berkelayakan bolehlah menyempurnakan urusan sembahyang Jumaat pada masa itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.