ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VII - AM



Seksyen 134. Pemansuhan.

(1) Enakmen Pentadbiran yang dinyatakan di dalam Jadual Ketiga adalah dengan ini dimansuhkan setakat mana yang dinyatakan di dalam Jadual tersebut:

Dengan syarat bahawa segala pembicaraan yang telah dimulakan di bawah Enakmen tersebut yang dengan ini dimansuhkan hendaklah berterusan seolah-olah Enakmen ini belum diluluskan.

(2) Pemansuhan ini tidak menyentuh perjalanan Enakmen tersebut yang dimansuhkan terdahulu atau apa-apa perkara yang dilakukan atau tertanggung di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau berlaku di bawahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.