ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 163. Meninggalkan kewajipan Berkanun.

Barangsiapa yang dipertanggungkan oleh Enakmen ini akan kewajipannya sebagai seorang Amil atau mendaftarkan apa-apa perkara atau perjalanan atau membuat, menyedia, menyimpan atau menjaga daftar menunjukkan bayaran, buku kira-kira, anggaran perbelanjaan, daftar resit (counterfoil), buku mesyuarat, pungutan khairat atau mengeluarkan surat akuan, resit atau salinan yang sah, enggan atau sengaja atau tiada membuat kewajipan itu atau menjalankan dengan jalan yang salah atau tiada betul adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.